Posts

Zaman Logam

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kita kembali dalam topik perbincangan pengajian Arkeologi kita pada hari ini. Saya akan menjelaskan serba-sedikit mengenai apa itu Zaman Logam dalam perspektif  Arkeologi. Maka, dengan itu harap anda semua dapat memahami tentang perkara yang akan saya sampaikan mengenai tajuk ini. Apakah itu Zaman Logam? Zaman Logam berlaku selepas  Zaman Neolitik .  Menurut beberapa pandangan, Zaman Logam di Malaysia dikatakan telah pun ada kira-kira 4000 tahun dahulu. Pada masa ini manusia prasejarah telah mencipta peralatan dan alat-alat memburu serta senjata daripada  gangsa  dan  besi . Antara tempat-tempat yang terkenal dengan penemuan Zaman Logam ini ialah Negeri Selangor. Penemuan zaman logam ini didapati di sekitar sungai melalui beberapa ekskavasi-ekskavasi arkeologi yang dilakukan secara tidak sengaja di kawasan sekitar Selangor. Antara tapaknya ialah Sungai Bernam, Sungai Langat, Sungai Sedu, Sungai Kelang dan Sun...

Zaman Hoabinh

Image
Kebudayaan Epi Paleolitik telah berlaku sekitar 5000 hingga 11 000 tahun yang lalu dan lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinh. Hoabinh merupakan nama bagi sebuah kawasan yang terdapat di Utara Vietnam. Istilah kebudayaan Hoabinh mula digunakan oleh ahli arkeologi Perancis sejak tahun 1920 bagi merujuk kepada himpunan jumpaan artifak alat batu di Asia Tenggara. Artifak alat batu ini dikatakan sedikit berlainan dengan jumpaan alat batu  yang lain berdasarkan perbezaan yang terdapat pada permukaan batu. Tapak Hoabinh terdapat di seluruh Tanah Besar Asia Tenggara, Burma di bahagian barat dan ke utara wilayah Selatan China dan beberapa kawasan yang lain. Di Malaysia, alat batu kebudayaan Hoabinh telah ditemui di Gua Cha. Ciri yang paling unik dalam kebudayaan Hoabinh adalah penyerpihan pada satu atau dua sisi permukaan batu pabel yang berukuran sekitar satu kepalan dan sesetengah daripadanya seluruh tepian menjadi bahagian yang tajam. Hasil penyerpihan itu menunjukkkan berbagai...

Zaman Paleolitik

Image
Pada  penulisan kali ini, penulis akan mengupas tentang Zaman Paleolitik di Asia Tenggara yang merupakan suatu topik yang menarik. Hal ini demikian kerana, hampir setiap negara di Asia Tenggara mempunyai bukti-bukti tinggalan arkeologi.  Untuk penulisan saya pada kali ini, terdapat beberapa bahan bacaan yang saya gunakan bagi menerangkan hal ini. Bacaan rujukan utama saya gunakan adalah Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelag o yang ditulis oleh Peter Bellwood. Beliau merupakan seorang pakar arkeologi lulusan Universiti Cambridge dan telah melakukan kajian arkeologi di Polinesia dan Kepulauan Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Henry Huxley,seorang ahli biologi British. Selain daripada Garis Huxley, terdapat beberapa garisan lain yang wujud seperti Garis Wallace, Garis Lydekker, Garis Weber dan lain-lain. Garisan ini menjadi penanda kepada penyebaran dan variasi fauna seperti burung yang wujud di sekitar kawasan garisan tersebut. Bagi Garis Huxley, ianya m...

Teori Arkeologi

Bertemu lagi kita! Untuk pengetahuan pembaca,blog penulis mempunyai sedikit masalah teknikal menyebabkan blog ini tidak dapat diakses untuk seketika. Alhamdulillah,ia telah kembali pulih seperti sediakala. Kali ini,penulis akan menghuraikan mengenai teori arkeologi yang  merujuk kepada pelbagai rangka intelektual yang digunakan oleh ahli arkeologi bagi mentafsirkan data arkeologi yang telah diperoleh. Ianya berfungsi untuk menerapkan falsafah sains ke dalam arkeologi di mana ia juga digelar sebagai falsafah arkeologi. Ahli arkeologi tidak hanya bergantung kepada satu sahaja teori arkeologi kerana sesetengah berpendapat bahawa maklumat yang diperoleh harus ditafsirkan dengan cara yang berbeza. Sejak ilmu disiplin arkeologi ini wujud, terdapat beberapa teori arkeologi yang telah digunakan. Namun begitu, ada juga sesetengah teori arkeologi yang dikemukakan oleh ahli arkeologi ini sudah tidak digunakan lagi. Antara teori arkeologi yang diguna pakai oleh ahli arkeologi adalah seper...

Jenis Manusia di Asia Tenggara

Image
Assalamualaikum kepada warga pembaca sekalian. Bertemu lagi kita pada lembaran kali ini. Pada post kali ini, saya akan membicarakan mengenai jenis-jenis manusia yang dijumpai di Asia Tenggara. Sebenarnya, teori mengenai asal-usul manusia ini telahpun diusulkan sejak abad ke-18 lagi.Antara teori asal-usul manusia yang paling terkenal ialah Teori Darwin yang dipelopori oleh Charles Darwin.Beliau menyatakan bahawa manusia berasal daripada kera.Pada awalnya,kesimpulan itu adalah berdasarkan penemuan tulang belulang haiwan dan manusia purba termasuk kera purba.Oleh itu,beliau menyimpulkan bahawa manusia pada hari ini merupakan hasil evolusi dari spesies haiwan iaitu kera.Walaupun begitu,pendapat ini masih menimbulkan perdebatan sehingga ke hari ini. Tambahan pula,sebagai seorang yang beragama Islam,sudah tentu saya percaya manusia ini terjadi daripada tanah dan manusia pertama di muka bumi ini ialah Nabi Adam. Gambar 1:Teor...

Apa itu Arkeologi?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian. :) Selamat Datang diucapkan kerana sudi menjengah laman blog ini. Buat pengetahuan kalian,blog ini dicipta bertujuan untuk berkongsi serba sedikit mengenai ilmu Arkeologi yang penulis peroleh setelah mendaftar kursus ini pada semester 2 pengajian di universiti.Pada mulanya,saya agak ragu-ragu untuk meneruskan kursus ini memandangkan kursus ini agak sukar untuk dihadam,pada pandangan saya.Umum sedia maklum,ilmu Arkeologi amat berkait rapat dengan ke atas bahan-bahan purba seperti artifak-artifak lama termasuk rangka manusia.Namun begitu,berbekalkan minat yang mendalam setelah sekian lama dipupuk sejak zaman sekolah menengah lagi, penulis gagahkan jua diri ini.Moga semuanya dipermudahkan. Apa itu Arkeologi? Pada umumnya, arkeologi semestinya dikaitkan dengan peninggalan artifak dan batu-batu lama. Arkeologi sebenarnya berasal dari Bahasa Yunani : αρχαιολογία - archaiologia, dari  αρχα...