Jenis Manusia di Asia Tenggara
Assalamualaikum kepada warga pembaca sekalian.
Bertemu lagi kita pada lembaran kali ini.
Pada post kali ini, saya akan membicarakan mengenai
jenis-jenis manusia yang dijumpai di Asia Tenggara.
Sebenarnya,
teori mengenai asal-usul manusia ini telahpun diusulkan sejak abad ke-18 lagi.Antara
teori asal-usul manusia yang paling terkenal ialah Teori Darwin yang dipelopori
oleh Charles Darwin.Beliau menyatakan bahawa manusia berasal daripada kera.Pada
awalnya,kesimpulan itu adalah berdasarkan penemuan tulang belulang haiwan dan
manusia purba termasuk kera purba.Oleh itu,beliau menyimpulkan bahawa manusia
pada hari ini merupakan hasil evolusi dari spesies haiwan iaitu kera.Walaupun
begitu,pendapat ini masih menimbulkan perdebatan sehingga ke hari ini. Tambahan
pula,sebagai seorang yang beragama Islam,sudah tentu saya percaya manusia ini terjadi
daripada tanah dan manusia pertama di muka bumi ini ialah Nabi Adam.
Gambar 2:Charles Darwin,pelopor Teori
Darwin.
Berbalik pada soalan jenis-jenis manusia yang ditemui di Asia Tenggara ialah
1)Mengantropus Paleojavanicus(manusia raksasa
dari Jawa).
Teori
ini ditemukakan oleh seorang ahli arkeologi dari Belanda iaitu Van Koenigswald.
Beliau menemui fosil ini di daerah Sangiran pada tahun 1936.Diperkirakan
manusia ini hidup sekitar 1 hingga 2 juta tahun yang lalu dan dianggap sebagai
manusia purba tertua di Indonesia. Hal ini terbukti dengan teknik peluruhan
karbon. Antara ciri yang dimiliki manusia purba ini ialah berbadan tegap dan
besar,memiliki tulang pipi yang tebal,memiliki bonjolan tulang belakang yang
tajam.Apa yang memeranjatkan,rupanya masusia purba ini tidak mempunyai
dagu!Tambahan pula,manusia purba ini juga dikatakan hidup berkelompok dan
berpindah randah.
Gambar
3:Ilustrasi pelukis mengenai manusia purba ‘Megantropus Paleojavanicus’
2)Pithecanthropus
Erectus(manusia kera yang berjalan tegak)
Ahli arkeologi yang menemui fosil ini ialah seorang
doktor Belanda yang bernama Eungene Dubois. Manusia purba ini dikatakan hidup
di wilayah Jawa pada 1-2 juta tahun yang lalu.Menurut sejarah ilmu
arkeologi,wilayah Asia Tenggara beberapa kali telah terdedah kepada bencana
alam.Antara ciri khas Pithecanthropus ialah:-
a)Berjalan tegak,tetapi dalam struktur tengkoraknya
mirip struktur kera.Oleh itu,manusia purba ini juga dikenali juga dengan
manusia berjalan tegak.
b)Memandangkan dikatakan strukyur tengkorangnya yang
mirip kera, maka kemungkinan otak manusia purba ini adalah lebih kecil.
c)Manusia Pithecanthropus ini juga tergolong dalam
bangsa atau kaum pengumpul makanan(Food Gathering).
Gambar 4:Pithecantropus Erectus
3)Pithecantrophus
Soloensis(Manusia kera dari Solo)
Jika point kedua tadi menerangkan mengenai manusia
kera yang berjalan tegak,point ketiga saya pula ialah manusia kera yang ditemui
di Solo!Solo dalam konteks di sini bukannya bujang, tetapi merupakan pesisir
sungai iaitu Sungai Solo yang terletak di Indonesia.Fosil ini ditemui oleh Von
Koeningswald, Ter Haar dan Oppenoorth.Manusia purba ini dikatakan hidup sekitar
900 000 hingga 200 000 tahun yang lalu.Ciri-ciri khas yang dimiliki oleh
manusia purba ini ialah hidungnya lebar,dengan tulang pipi yang kuat dan
menonjol.Mereka juga dikatakan mempunyai tonjolon kening yang tebal dan
memiliki rahang bawah yang kuat.Purata ketinggian manusia purba ini ialah
sekitar 165-180 cm.Untuk pengetahuan pembaca,mereka juga dikatakan pemakan tumbuhan dan juga daging(omnivor).
Gambar
5: Pithecantropus Soloensis
4)Pithecanthropus
Mojokertensis(manusia kera yang berjalan tegak dari Mojokerto)
Kali ini pula saya akan menerangkan manusia purba yang
ditemui di Mojokerto yang terletak di
Jawa Timur,Indonesia.Ciri-ciri khas fizikal manusia purba ini dikatakan tidak
jauh bezanya dengan ciri manusia purba yang lain,namun tempat ditemuinya sahaja
yang mengklasifikasinya kepada kelompok yang berbeza.Untuk makluman,aktiviti
penggalian di Mojokerto ini telah merosakkan sebahagian tulang-tulangnya
menjadi hancur sehingga menyebabkan beberapa maklumat yang ditemui tidak
sempurna.
Gambar
6:Sedikit sebanyak maklumat mengenai Pithecanthropus Mojokertensis
Ahli arkeologi yang berjaya menemui fosil ini ialah
Von Koenigswald di Sangiran pada tahun 1939.Para peneliti membahagikan lapisan
tanah di daerah itu kepada 3 lapisan iaitu lapisan Jetis yang dikenali sebagai
lapisan bawah, yang kedua ialah lapisan Trinil yang juga dikenali sebagai
lapisan tengah iaitu tempat di mana Pitchecanthropus Erectus ditemui dan juga
lapisan Ngandong atau lapisan atas iaitu di mana fosil Pitchecanthropus
Soloensis ditemui. Ciri-ciri khas yang dimiliki manusia purba ini hampir sama
dengan Pitchecanthropus yang lain namun dikatakan hidup dalam keadaan
berkelompok dan secara menetap.
\
\
Gambar
7:Pithecanthropus Dubuis
6)Pithecanthropus
Robutus
Menurut pakar
arkeologi,manusia purba ini dikatakan mempunyai tulang mandible dan maxilla
yang besar sekaligus membuktikan mereka mempunyai rahang yang besar.Hal ini
demikian kerana,makanan utama mereka ialah berasaskan tumbuhan.Oleh itu,mereka
dapat mengunyah makanan dengan lebih mudah dan cepat.
Gambar
8:Pithecanthropus Robutus
7)Homo
Soloensis(manusia pertama dari Solo)
Fosil manusia purba bagi
spesies ini pula ditemui oleh Gustav Heinrich Ralph von Koeningswald,,
Oppenoorth dan Ter Haar di Ngandong(Blora), Sangiran dan Kecamatan
Sambungmacan(Sragen) pada 1931-1933.Hasil penemuan mendapati manusia purba
jenis ini berusia antara 143 000 tahun 550 000 tahun yang lalu.
8)Homo
Floresiensis(manusia moden pertama dari Flores)
Untuk pengetahuan
pembaca,menurut kajian,fosil manusia purba ini ditemui di Liang Bua iaitu di
Pantai Flores,merupakan salah satu tempat yang terletak di Indonesia.Antara
ciri fizikal bagi spesies ialah dahinya menonjol tetapi tidak seperti
Pitecanthropus, memiliki muka yang lebar dan hidung yang lebar,mulutnya
menonjol,julat ketinggian antara 130 cm-210 cm,mempunyai berat badan antara
30-150kg.Manusia purba ini juga dianggarkan hidup antara 25,000-40,000 tahun yang lalu.
Ilustrasi
pelukis yang menggambarkan Homo Floresiensis yang mempunyai dahi yang menonjol
dan hidung yang lebar.
9)Homo
Wajakensis(jenis manusia moden pertama dari Wajak)
Manusia purba spesies ini
dikatakan pertama kali ditemui oleh Van Riestchoten pada 1889.Hasil penemuan
ini membuktikan bahawa manusia Homo telahpun wujud di Indonesia sekitar 40 000
tahun yang lalu.Bagi ciri fizikal bagi manusia ini pula,ia berbeza mengkut
jantina!Misalnya,fosil bagi jantina lelaki menunjukkan manusia purba ini
mempunyai gigi dan tulang mandible yang besar.Bagi jantina perempuan
pula,penemuan menunjukkan muka yang datar dan lebar serta mempunyai bahagian
mulut pula lebih menonjol ke hadapan.Oleh itu,hal ini demikian jelas
menunjukkan bahawa fosil manusia purba spesies Homo dan Pithecanthropus adalah
berbeza.
10)Homo
Erectus Pekinensis(manusia Peking)
Fosil manusia purba
spesies ini pula telah ditemui pada 1923 di Peking, China iaitu semasa
ekskavasi dijalankan.Penemuan fosil ini dikatakan bertarikh sekitar 250 000
hingga 400 000 tahun yang lalu semasa zaman Pleistosen.Menyentuh soal ciri
fizikal mereka pula ialah mereka dipercayai mempunyai isipadu otak yang lebih
kecil iaitu 1059 miligram berbanding manusia moden hari ini iaitu 1400
miligram.Tambahan pula,manusia purba spesies ini dikatakan mampu berjalan dan
berdiri tegak dan ketinggian mereka dianggarkan sekitar 144cm-156 cm.Untuk
pengetahuan pembaca juga,alat-alat batu juga ditemui ditapak ekskavasi
tersebut!Dengan penemuan alat batu tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa manusia
purba spesies ini wujud!
11)Homo
Sapiens(manusia yang pintar dan berakal)
Carl Linnaeus telah
memperkenalkan teori ini pada 1758.Menurutnya,bentuk tubuh manusia jenis ini adalah
sama dengan bentuk tubuh manusia sekarang.Melihat dari sudut fizikal,muka dan
kening sudah tidak menonjol ke hadapan.Mereka juga berjalan dan berdiri dengan
tegak manakala tulang mandible dan maxilla mempunyai kekuatan yang luar
biasa.Dalam hal ini,manusia jenis Homo Sapiens ini dikatakan terdiri daripada
beberapa ras iaitu Mongoloid,Negroid dan Kaukasoid.
a)Ras
Mongoloid-masyarakat ini dikatakan memiliki warna kuning langsat,bermata sepet
dan berambut lurus.
b)Ras Negroid-memiliki
kulit warna hitam,bibir tebal dan rambut kerinting.
c)Ras Kaukasoid-memiliki
kulit putih,tinggi,rambut yang juga lurus dan hidung yang mancung.Ras ini
tersebar ke Eropah,Arab,Turki dan lain-lain.
Oleh itu,di sebagai salah
sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara,Malaysia juga tidak ketinggalan
mencatakan penemuan manusia Homo Sapiens ini.Buktinya.Tom Harrison bersama
isterinya,Barbara Harrison telah menjalankan ekskavasi di Gua Niah antara tahun
1954dan 1962 yang telah berjaya menemui Deep Skull.Deep Skull ini merupakan
manusia pirba jenis Homo Sapiens.
Baiklah pembaca sekalian!
Itu sahaja yang saya dapat
kongsikan pada laman ini.
Moga bersua kembali!












Comments
Post a Comment