Teori Arkeologi

Bertemu lagi kita!
Untuk pengetahuan pembaca,blog penulis mempunyai sedikit masalah teknikal menyebabkan blog ini tidak dapat diakses untuk seketika. Alhamdulillah,ia telah kembali pulih seperti sediakala.
Kali ini,penulis akan menghuraikan mengenai teori arkeologi yang  merujuk kepada pelbagai rangka intelektual yang digunakan oleh ahli arkeologi bagi mentafsirkan data arkeologi yang telah diperoleh. Ianya berfungsi untuk menerapkan falsafah sains ke dalam arkeologi di mana ia juga digelar sebagai falsafah arkeologi. Ahli arkeologi tidak hanya bergantung kepada satu sahaja teori arkeologi kerana sesetengah berpendapat bahawa maklumat yang diperoleh harus ditafsirkan dengan cara yang berbeza. Sejak ilmu disiplin arkeologi ini wujud, terdapat beberapa teori arkeologi yang telah digunakan. Namun begitu, ada juga sesetengah teori arkeologi yang dikemukakan oleh ahli arkeologi ini sudah tidak digunakan lagi. Antara teori arkeologi yang diguna pakai oleh ahli arkeologi adalah seperti,
1. Arkeologi proses / processual archeology ( arkeologi baru atau saintifik)
Teori ini digunapakai dalam kalangan ahli arkeologi pada tahun 1960an. Arkeologi proses ini secara mudahnya untuk difahami adalah ia menekankan kaedah saintifik ketika menjalankan kajian dan ketika menghuraikan maklumat yang diperoleh hasil daripada kajian. Selain itu, bagi ahli arkeologi yang menyokong dan menggunakan teori ini, mereka berpendapat arkeologi sebagai sains. Sejak dahulu, secara tradisi, arkeologi dilihat sebagai cabang sejarah yangberfokus pada proses menganalisis mengenai masa lalu seterusnya mengumpulkan data untuk mengetahui kronologi sejarah. Pendapat ini sangat bertentangan dengan ahli arkeologi yang menyokong teori ini. Mereka berpendapat arkeologi lebih dari itu di mana kaedah saintifik perlu diterapkan. Misalnya, jika berlaku perubahan budaya dalam sebuah kehidupan masyarakat dahulu, faktor persekitaran yang membawa kepada perubahan tersebut perlulah dikaji. Pada masa yang sama, teori arkeologi proses menekankan bahawa ahli arkeologi perlulah bergerak secara berkumpulan dan bukannya secara solo agar individu-individu yang berada dalam kumpulan tersebut dapat menyumbang pengetahuan-pengetahuan yang mereka miliki mengikut kepakaran masing-masing.
2. Arkeologi pasca-proses / post-processual archeology
Arkeologi pasca-proses merujuk kepada gerakan intelektual dalam arkeologi Anglo-Amerika yang muncul pada tahun 1980an. Teori yang dibawakan oleh gerakan ini adalah bertentangan dengan arkeologi proses dan ia berkembang hasil daripada kritikan-kritikan terhadap arkeologi proses. Secara signifikan, teori arkeologi pasca-proses membuka ruang untuk penyiastan hasil kajian arkeologi menerusi jantina, amalan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada ciri-ciri objek yang ditemui itu sahaja. Pada masa yang sama, teori arkeologi pasca-proses dapat dilihat sebagai respons terhadap feminisme, postcolonialisme serta postmodernisme pada manusia dan sains sosial. Walaupun arkeologi pasca-proses tidak lagi menjadi tumpuan bagi perdebatan, ianya masih diamalkan dan disokong oleh sesetengah pihak.
3. Arkeologi Marxist / Marxist Archaeology
Teori ini merupakan teori yang memperihalkan perdebatan antara teori arkeologi proses dengan teori arkeologi pasca-proses. Ramai ahli arkeologi Marxis percaya bahawa ia adalah polarisme dalam disiplin antropologi (dan semua disiplin akademik) yang membangkitkan persoalan-persoalan yang mendorong kemajuan dalam teori dan pengetahuan arkeologi. Pada masa yang sama, ahli arkeologi Marx pada umumnya percaya bahawa bipolarisme yang wujud antara perdebatan proses dan pasca-proses adalah pembangkang yang wujud dalam pengeluaran pengetahuan dan sesuai dengan pemahaman dialektik dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Zaman Logam