Posts

Showing posts from April, 2019

Jenis Manusia di Asia Tenggara

Image
Assalamualaikum kepada warga pembaca sekalian. Bertemu lagi kita pada lembaran kali ini. Pada post kali ini, saya akan membicarakan mengenai jenis-jenis manusia yang dijumpai di Asia Tenggara. Sebenarnya, teori mengenai asal-usul manusia ini telahpun diusulkan sejak abad ke-18 lagi.Antara teori asal-usul manusia yang paling terkenal ialah Teori Darwin yang dipelopori oleh Charles Darwin.Beliau menyatakan bahawa manusia berasal daripada kera.Pada awalnya,kesimpulan itu adalah berdasarkan penemuan tulang belulang haiwan dan manusia purba termasuk kera purba.Oleh itu,beliau menyimpulkan bahawa manusia pada hari ini merupakan hasil evolusi dari spesies haiwan iaitu kera.Walaupun begitu,pendapat ini masih menimbulkan perdebatan sehingga ke hari ini. Tambahan pula,sebagai seorang yang beragama Islam,sudah tentu saya percaya manusia ini terjadi daripada tanah dan manusia pertama di muka bumi ini ialah Nabi Adam. Gambar 1:Teor...

Apa itu Arkeologi?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian. :) Selamat Datang diucapkan kerana sudi menjengah laman blog ini. Buat pengetahuan kalian,blog ini dicipta bertujuan untuk berkongsi serba sedikit mengenai ilmu Arkeologi yang penulis peroleh setelah mendaftar kursus ini pada semester 2 pengajian di universiti.Pada mulanya,saya agak ragu-ragu untuk meneruskan kursus ini memandangkan kursus ini agak sukar untuk dihadam,pada pandangan saya.Umum sedia maklum,ilmu Arkeologi amat berkait rapat dengan ke atas bahan-bahan purba seperti artifak-artifak lama termasuk rangka manusia.Namun begitu,berbekalkan minat yang mendalam setelah sekian lama dipupuk sejak zaman sekolah menengah lagi, penulis gagahkan jua diri ini.Moga semuanya dipermudahkan. Apa itu Arkeologi? Pada umumnya, arkeologi semestinya dikaitkan dengan peninggalan artifak dan batu-batu lama. Arkeologi sebenarnya berasal dari Bahasa Yunani : αρχαιολογία - archaiologia, dari  αρχα...