Zaman Hoabinh

Kebudayaan Epi Paleolitik telah berlaku sekitar 5000 hingga 11 000 tahun yang lalu dan lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinh. Hoabinh merupakan nama bagi sebuah kawasan yang terdapat di Utara Vietnam. Istilah kebudayaan Hoabinh mula digunakan oleh ahli arkeologi Perancis sejak tahun 1920 bagi merujuk kepada himpunan jumpaan artifak alat batu di Asia Tenggara. Artifak alat batu ini dikatakan sedikit berlainan dengan jumpaan alat batu yang lain berdasarkan perbezaan yang terdapat pada permukaan batu. Tapak Hoabinh terdapat di seluruh Tanah Besar Asia Tenggara, Burma di bahagian barat dan ke utara wilayah Selatan China dan beberapa kawasan yang lain. Di Malaysia, alat batu kebudayaan Hoabinh telah ditemui di Gua Cha.

Ciri yang paling unik dalam kebudayaan Hoabinh adalah penyerpihan pada satu atau dua sisi permukaan batu pabel yang berukuran sekitar satu kepalan dan sesetengah daripadanya seluruh tepian menjadi bahagian yang tajam. Hasil penyerpihan itu menunjukkkan berbagai bentuk, seperti lonjong, segi empat, segitiga, dan beberapa bentuk yang lain.
Cara hidup manusia ketika kebudayaan Hoabinh berlangsung adalah berpindah-randah, mengumpul sumber tumbuh-tumbuhan, kerang-kerangan, memburu haiwan dan menangkap ikan. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang menunjukkan mereka juga mengamalkan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan dan menggunakan tembikar, pada hujung zaman ini. Peralatan batu zaman itu dicirikan melalui batu kerakal sungai bersaiz sederhana yang diserpih di satu permukaan sahaja (satu muka) atau kedua-dua belah permukaan (dua muka).
Ia dinamakan Hoabinh kerana penemuan pertama kebudayaan Hoabinh telah ditemui di Hoabinh, sebuah kawasan yang terletak di Utara Vietnam yang ditemui oleh Madeleine Colani, seorang ahli arkeologi dari Perancis
Perbandingan boleh dibuat berdasarkan gambar 1 ( alat batu paleolitik) dan Gambar 2 (alat batu Hoabinhian).
                                                         Gambar 1:Alat batu Paleolitik.

                                                          Gambar 2:Alat batu Hoabinh.

Comments

Popular posts from this blog

Zaman Logam