Zaman Logam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kita kembali dalam topik perbincangan pengajian Arkeologi kita pada hari ini. Saya akan menjelaskan serba-sedikit mengenai apa itu Zaman Logam dalam perspektif Arkeologi. Maka, dengan itu harap anda semua dapat memahami tentang perkara yang akan saya sampaikan mengenai tajuk ini. Apakah itu Zaman Logam? Zaman Logam berlaku selepas Zaman Neolitik . Menurut beberapa pandangan, Zaman Logam di Malaysia dikatakan telah pun ada kira-kira 4000 tahun dahulu. Pada masa ini manusia prasejarah telah mencipta peralatan dan alat-alat memburu serta senjata daripada gangsa dan besi . Antara tempat-tempat yang terkenal dengan penemuan Zaman Logam ini ialah Negeri Selangor. Penemuan zaman logam ini didapati di sekitar sungai melalui beberapa ekskavasi-ekskavasi arkeologi yang dilakukan secara tidak sengaja di kawasan sekitar Selangor. Antara tapaknya ialah Sungai Bernam, Sungai Langat, Sungai Sedu, Sungai Kelang dan Sun...