Apa itu Arkeologi?


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada para pembaca sekalian. :)
Selamat Datang diucapkan kerana sudi menjengah laman blog ini. Buat pengetahuan kalian,blog ini dicipta bertujuan untuk berkongsi serba sedikit mengenai ilmu Arkeologi yang penulis peroleh setelah mendaftar kursus ini pada semester 2 pengajian di universiti.Pada mulanya,saya agak ragu-ragu untuk meneruskan kursus ini memandangkan kursus ini agak sukar untuk dihadam,pada pandangan saya.Umum sedia maklum,ilmu Arkeologi amat berkait rapat dengan ke atas bahan-bahan purba seperti artifak-artifak lama termasuk rangka manusia.Namun begitu,berbekalkan minat yang mendalam setelah sekian lama dipupuk sejak zaman sekolah menengah lagi, penulis gagahkan jua diri ini.Moga semuanya dipermudahkan.

Apa itu Arkeologi?
Pada umumnya, arkeologi semestinya dikaitkan dengan peninggalan artifak dan batu-batu lama. Arkeologi sebenarnya berasal dari Bahasa Yunani: αρχαιολογία - archaiologia, dari αρχαίος - archaios, "asal, purba, tua" dan λόγος - logos, "kajian" iaitu bermaksud 'temu bual tentang benda purba atau silam'. Ia juga dikenali sebagai kaji purba merupakan satu bidang sains yang melakukan kajian mengenai kebudayaan pra-sejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan.Hal ini demikian sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan saya mengenai Arkeologi.
Antara teori arkelogi yang saya peroleh dari kuliah yang saya ikuti sekarang ini,terdapat 3 teori arkeologi.Teori pertama ialah 'processual archeology' iaitu merupakan satu metodologi secara saintifik dalam mencari sesuatu maklumat ketika proses arkeologi dijalankan.Selain itu ialah 'post processual arceology' ialah apabila semua data yang diperoleh adalah disebabkan persekitaran sosial dan kehidupan umat manusia.Teori arkeologi yang ketiga pula ialah 'Marxist archeology' pula merupakan kaedah yang membuat interprasi sendiri terhadap sesuatu arkeologi yang ditemui.Namun begitu,kaedah ini dikatakan tidak digunakan dalam proses arkeologi memandangkan kaedah iniagak sukar untuk dipercayai.

Seterusnya,ilmu arkeologi dan tempat tinggalan sejarah berpisah tiada.Oleh itu,sudah tentu anda pernah dengar tentang Lembah Bujang bukan?Lembah Bujang merupakan salah satu tempat tinggalan sejarah dikenali sebagai Sungai Batu, dan tapak tamadun Hindu terawal di Tanah Melayu.Proses cari gali telah mendedahkan sisa jeti, tapak peleburan besi, dan binaan batu-bata yang bertarikh 110SM, menjadikannya binaan manusia tertua yang pernah direkodkan di Asia Tenggara. Tambahan pula,binaan Chandi menunjukkan sejak awal abad Masihi hingga 20 Masihi, Lembah Bujang mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di AsiaChinaAsia Barat dan India.
Perkembangan pelabuhan entrepotnya sering dikaitkan dengan kerajaan Thalassocracy Srivijaya. Penemuan tapak tanah bersejarah dengan beratus ribu pecahan seramikkaca dan manik sama ada dari China, Asia Barat, India atau tempatan, runtuhan candipengabdian terhadap Buddha atau Hindu, struktur bandar atau pelabuhan yang tenggelam, artifak budaya seperti patung-patung atau arca, batu bersurat dan peralatan yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat telah menobatkan gugusan ini sebagai tempat terasasnya negara pesisiran Kedah purba.
Misalnya,Sungai Mas dan koridor Sungai Muda merupakan tapak tanah sejarah yang merentasi zaman prasejarah kebudayaan Hoabinhian, protosejarah dan sejarah. Walaupun penyelidikannya telah menjangkau seratus lima puluh tahun, tetapi usaha membongkar, menyingkap dan merekonstruksi sejarah, peranan dan perkembangannya masih menjadi perdebatan dan belum menemui titik pertemuan.

Akhir sekali,bagi soalan 'what the advance technology been used' pula,saya akan menyentuh perihal Kencan Radiocarbon atau 'Radiocarbon dating' yang berupaya menentukan usia sesuatu objek yang mengandungi bahan organik dengan menggunakan sifat radiokarbon dan ispotop radioaktif karbon yang berperanan menunjukkan jenazah yang ditemui di tapak pengebumian yang bertindih dengan penjajahan Sepanyol di Jamaica - apabila orang Amerindian dipaksa menjadi pekerja budak. Dengan penggunaan teknologi sains komputer, seperti pemetaan tapak, dan perisian sistem maklumat geografi, atau GIS, para penyelidik dapat merumuskan dan memaparkan secara visual maklumat geografi dan lokasi, seperti pengedaran tapak pada landskap atau pengagihan ciri-ciri kebudayaan dalam tapak individu. Contohnya, pada tahun 2016, sekumpulan ahli arkeologi maritim yang mengkaji paras laut meningkat di Laut Hitam semasa Zaman Ais terakhir.
Sekian sahaja perkongsian saya mengenai ilmu Arkeologi pada kali ini.Nantikan perkongsian saya yang akan datang.
Sekian,terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Zaman Logam