Zaman Paleolitik

Pada  penulisan kali ini, penulis akan mengupas tentang Zaman Paleolitik di Asia Tenggara yang merupakan suatu topik yang menarik. Hal ini demikian kerana, hampir setiap negara di Asia Tenggara mempunyai bukti-bukti tinggalan arkeologi.  Untuk penulisan saya pada kali ini, terdapat beberapa bahan bacaan yang saya gunakan bagi menerangkan hal ini. Bacaan rujukan utama saya gunakan adalah Prehistory of the Indo-Malaysian Archipelago yang ditulis oleh Peter Bellwood. Beliau merupakan seorang pakar arkeologi lulusan Universiti Cambridge dan telah melakukan kajian arkeologi di Polinesia dan Kepulauan Asia Tenggara, khususnya di Malaysia dan Indonesia.Henry Huxley,seorang ahli biologi British. Selain daripada Garis Huxley, terdapat beberapa garisan lain yang wujud seperti Garis Wallace, Garis Lydekker, Garis Weber dan lain-lain. Garisan ini menjadi penanda kepada penyebaran dan variasi fauna seperti burung yang wujud di sekitar kawasan garisan tersebut. Bagi Garis Huxley, ianya merangkumi kawasan di sekitar Bali, Lombok, Borneo dan Sulawesi, Borneo dan Kepulauan Sulu termasuklah kawasan Calamian dan Palawan dan akhirnya merangkumi kawasan ke Pasifik iaitu di antara Luzon dan Taiwan. Asas pembahagian garisan ini adalah perbezaan antara fauna yang terdapat di kawasan timur garisan dengan kawasan barat garisan. Garis Huxley dianggap sebagai petunjuk yang lebih sesuai oleh beberapa ahli zoogeografi berbanding Garis Wallace apabila membicarakan kedudukan garisan yang sedikit berbeza di bahagian Fillipina. 

                                                                     Rajah 1:Garis Huxley


Pentas sunda pula merangkumi rantau-rantau yang terletak pada rak Sunda sekarang. Ianya merangkumi Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa, Borneo, Palavan dan kumpulan-kumpulan pulau yang kecil seperti Pulau Riau dan Lingga. Di bahagian timur, Pentas Sunda ditanda dengan Huxley’s Line. Namun begitu, penandaan menggunakan Huxley’s Line ini tidak boleh disamakan dengan penandaan menerusi Wallace’s Line. Terdapat beberapa perdebatan yang timbul menerusi penandaan oleh dua garis ini. Namun begitu, apa yang perlu difahami disini ialah Pentas Sunda atau turut dikenali sebagai wilayah Sunda merupakan kawasan biogeografi Asia Tenggara yang pernah terdedah sekitar 2.6 juta tahun yang lalu semasa tempoh paras air laut lebih rendah berbanding sekarang. Pada masa yang sama, sebelum puncak glasiasi yang berlaku kira-kira 20000 tahun yang lalu, kawasan ini merupakan kawasan tanah kering sepenuhnya.
Seterusnya,pentas sahul pula merangkumi kawasan di benua Australia dan pulau besar New Guinea. Istilah Pentas Sahul dapat digunakan untuk merujuk kawasan Australia dan New Guinea apabila keduanya bergabung ketika paras air laut lebih rendah berbanding pada masa kini. Perubahan alam sekitar yang berlaku di Pentas Sahul terutamanya semasa Pleistosen dan Holosen dapat digunakan untuk memahami peristiwa sama yang turut berlaku di Pentas Sunda.


                                                                             Rajah 2

Comments

Popular posts from this blog

Zaman Logam